Lebuh Raya A9 | |
---|---|
Autostrada dei Laghi | |
Maklumat laluan | |
Panjang | 42.3 km (26.3 mi) |
Wujud | 1925–kini |
Simpang utama | |
Hujung south | Lainate |
Hujung north | Chiasso |
Lokasi | |
Kawasan: | Lombardy |
Sistem lebuh raya | |
Lebuh raya Itali |
Lebuh Raya A9 atau Autostrada dei Laghi (“Lebuh Raya Tasik”) merupakan lebuh raya di utara Itali. Lebuh raya ini dibina pada tahun 1925 serta menjadikannya sebagai lebuh raya pertama di Itali.
Lebuh raya ini menghubungkan Lebuh Raya A8 di Lainate, berdekatan Milan dan menuju ke Como, di Tasik Como dan Chiasso pada sempadan Switzerland serta menghubungkan rangkaian lebuh raya Switzerland.
Selain itu, lebuh raya ini merupakan sebagaian daripada rangkaian lebuh raya Milano - Laghi, sebuah lebuh raya tertua di dunia. Lebuh raya Milano - Laghi yang lain ialah Lebuh Raya A8 (menghubungkan Milan ke Varese di Tasik Varese) dan juga menghubungkan antara Gallarate dan Sesto Calende di Tasik Maggiore (kini merupakan sebahagian daripada sambungan Gallarate - Gattico).